FPL Tidak Berikan Mata Untuk Gol Kane, Pengurus Fantasi Mengamuk

FPL Tidak Berikan Mata Untuk Gol Kane, Pengurus Fantasi Mengamuk

Sebelum ini ramai yang menyokong tuntutan gol Harry Kane dan mereka adalah pengurus bola sepak fantasi EPL. Semalam EPL mengesahkan yang gol Eriksen ditarik dan diberikan kepada Harry Kane.

Namun pihak permainan Fantasy Premier League (FPL) tidak akan memberikan mata tambahan untuk gol Kane itu. FPL dalam kenyataan mereka berkata:

“Sementara gol tersebut telah diberikan kepada Harry Kane selepas reviu, ini tidak akan memberikan impak kepada FPL. Dan jumlah mata sebelum ini tidak akan diubah.”
“Seperti yang termaktub dalam perturan permainan, mata diberikan ketika perlawanan adalah tertakluk kepada pindaan sehingga satu jam daripada wisel penamat pada perlawanan terakhir hari perlawanan.”
“Apabila mata telah dikemaskini pada hari tersebut, tiada sebarang perubahan akan dibuat. Untuk kekal konsisten, undang-undang ini, statistik dan mata yang tertera pada permainan Sabtu 7 April pada minggu perlawanan ke-33, tidak akan berubah.”
Pengumuman ini mendapat reaksi yang agak panas daripada para pengurus fantasi EPL. Ada yang kecewa kerana Kane adalah kapten.
Ada yang menuduh FPL sebagai pemalas dan bukannya susah pun kalau nak mengemaskini mata.
Pengurus ini berkata, hari itu gol milik Kane, kemudian ditarik balik dan mata FPL pun ditarik. Apabila gol itu dianugerahkan kepada Kane semula, kenapa FPL tidak berbuat demikian.
FPL dituduh penipu.



Contact Us

Nama

Email *

Pesan *

Diberdayakan oleh Blogger.

Arsip Blog